Cara tambah nilai e-Wallet di bank

Cara bank-in e-Wallet


1. Melalui Maybank


Masukkan wang tunai ke MMWallet ke akuan bernombor.

Maybank – 5123 4351 6944 (Mobile Money International S/B)


Hantar maklum resit anda kepada MM Center melalui SMS selepas bank-in.

TMBB#JUMLAH#TARIKHMASA

Contoh:

TMBB#100#070820071401


Hantar SMS ke:

66123

TARIKHMASA mestilah mengikut sistem 24 jam. Contoh: 11:25AM = 1125 / 6:25PM = 1825

*Wallet anda akan ditambah nilai dalam masa 20 Minit selepas anda menghantar SMS tersebut.



2.Melalui CIMB

Anda perlu daftar no.hp dengan ATM di Bank CIMB dahulu.

Cara Mendaftar no.HP di ATM CIMB


1.Guna kad ATM CIMB
2.Tekan menu lain-lain >> lain-lain perkhidmatan >> mobile money
3.Tekan menu pendaftaran >> Masukkan no.HP >> Masukkan had kredit
4.Pilih akuan simpanan @ semasa
5.Pengesahan maklumat >> OK >> Keluar

**Maklumat anda akan disahkan selepas 1 hari.

Sekarang anda boleh membuat transaksi antara akaun bank CIMB dan telefon bimbit anda dengan menghantar SMS.

Taip :

WALLET#JUMLAH#NOMMPIN.

Contoh :

WALLET#100#123456

Hantar ke:


66123



Gambaran lebih jelas


Soal jawab

Pertanyaan yang biasa di tanya oleh bakal pelanggan


Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Mobile Money ini?

Mobile Money ialah sebuah sistem bijak yang mengaplikasikan telefon bimbit sebagai medium perantara untuk melakukan sebarang urusniaga seperti:

• Pengguna Prepaid, iTalk/ NJoy
• Dapatkan Kad Kredit
• Langganan Streamyx
• Pengguna Insuran Kereta
• Insurans (PA, Perubatan, Anai2)
• Boucer Terapi Muka, Pendandan Rambut, Urut
• Restoran, KFC, PIZZA HUT
• Ujian Darah, Ujian Perubatan/Kesihatan
• Servis Kereta
• Talian Korporat MM
• Penggunaan Diri:(Serbuk Pencuci, Pencuci Pinggan, Pencuci Lantai,Tuala Wanita, Syampu Badan & Rambut, Lampin Bayi, Vitamin)
• Barangan Letrik, Telefon Mudah Alih



Soalan 2


Adakah sistem ini mendapat kelulusan kerajaan?

Sistem yang terdapat dalam Mobile Money iaitu e-Wallet telahpun mendapat kelulusan dan restu dari gabenor bank negara. Ia juga telah berkejasama dengan beberapa bank terkemuka tempatan.


Soalan 3


Bagaimanakah sistem ini berfungsi?

Setelah seseorang pelanggan menyertai sistem Mobile Money ini dengan bayaran tertentu, pelanggan ini akan di beri satu perisian yang dikenali e-wallet. e-wallet ini umpama ekaun di dalam bank. Apa bila kita telah aktifkan e-wallet ini, kita perlu masukkan wang kedalamnya untuk melakukan sebarang urusniaga seperti yang dinyatakan di atas.


Soalan 4


Apakah kelebihan sistem ini?

Wang yang terdapat dalam e-wallet ini umpama wang yang di ismpan di dalam bank. Dahulunya apabila ingin melakukan sebarang pembelian kita perlu membawa wang yang banyak. Tetapi jika anda mempunyai e-wallet ini anda tidak perlu membawa wang tunai lagi. Dengan menggunakan telefon bimbit, anda mampu melakukan pembelian tersebut.

Setiap pembelian yang menggunakan e-wallet ini akan menerima point. Point ini apabila cukup boleh ditukarkan dengan barangan atau wang tunai. Ia juga menjimatkan kerana Mobile Money mempunyai urusniaga langsung dengan pembekal.


Soalan 5


Siapakah yang layak menyertai sistem bijak ini?

Sesiapa yang mempunyai telefon bimbit dan boleh MissCall serta SMS layak menjadi ahli. Ini bermaksud telifon tu mesti mempunya kredit yang boleh digunakan. Tiada had umur.


Soalan 6


Bagaimanakah urusniaga menggunakan telefon bimbit ini digunakan?

Dengan hanya MissCall dan SMS anda mampu melakukan urusniaga. Sebagai contoh apabila anda ingin TopUp telifon bimbit anda, anda hanya perlu SMS untuk melakukan urusniaga itu. Dalam sistem ini anda yang menggunakan cara MissCall dan SMS sahaja. Anda akan tahu dengan lebih lanjut setelah mendaftar.